....

Sunday 8 April 2012

Resepi Macaron


Bahan-bahan ( 40 Medium-Size Macarons )

  • 150g Putih Telur
    **Asingkan putih telur dan simpan dalam peti sejuk sekitar 4-5 hari. Keluarkan pada hari anda ingin membuat macarons dan biarkan pada suhu bilik.
  • 100g Gula Caster
  • 180g Serbuk Almond
  • 270g Gula Icing
  • Secubit Cream Tartar

 

Cara-cara

  1. 1
    Ayakkan serbuk almond dan gula icing.
  2. 2
    Putar putih telur dan secubit cream tartar sampai bertanduk. Masukkan gula caster dan putar sampai gebu dan bertanduk. Bila angkat pemutar, putih telur tadi tak jatuh.**Jangan terlebih putar, ia boleh menyebabkan macarons anda pecah semasa dibakar.
  3. Masukkan pewarna.**Putar sekejap sahaja. Bila dah rata berhenti putar.
  4. 4
    Ambil serbuk almond & gula icing yang diayak tadi (No.1) dan masukkan ke dalam bekas putih telur yang telah diputar tadi secara berperingkat.**Dalam 4 kali dengan cara kaup balik menggunakan spatula atau sudip kayu.
  5. Img_3579
    Masukkan dalam piping bag dan pipekan bentuk bulat atas kertas pembakar di atas dulang.
  6. 6
    Biarkan macarons rehat selama 45 minit.**Biarkan permukaan macarons kering sebelum dibakar, bila disentuh permukaannya agak keras dan tidak melekat pada tangan.
  7. Sebelum bakar, pre-heat oven 160ºC selama 10 minit.
  8. Img_3588
    Bakar macarons dalam 10 minit - 160ºC.**Bergantung kepada saiz macarons dan juga jenis oven. Jika saiz macarons kecil, kurangkan masa membakar.
  9. Biarkan macarons sejuk sebelum anda angkat dari kertas pembakar.
  10. Untuk resepi Salted-Caramel filling (inti) klik sini
  11. TIPS
    **Selepas pipekan atas kertas pembakar, ketuk2 permukaan bawah dulang. Proses ini dilakukan untuk mengeluarkan udara dalam macarons.
    **Silicone mat dapat mengelakkan macarons anda daripada melekat. Ianya juga lebih jimat kerana anda boleh basuh dan guna semula berbanding menggunakan kertas pembakar biasa.
    **Jika tapak macarons anda masih melekat bermakna macarons anda belum masak sepenuhnya. Jadi masukkan ke dalam oven selama beberapa minit lagi. 
  12. PERINGATAN
    **Membuat macarons memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi. Sukatan dan cara pembuatan yang salah akan mempengaruhi macarons anda.
  13. Underbaked-macarons
    MACARONS
    **Kurang Masak
  14. M_img_7301
    **Suhu Terlampau Panas 

     sumber kak yani

No comments:

Post a Comment