....

Monday 16 April 2012

Wasiat al-Habib Ali bin Ja'far

Wasiat Hb Ali bin Ja'far Al-Idrus *BATU PAHAT* - JOHOR

Antara Johor dan Kuala lumpur, terdapat sebuah desa terpencil yaitu "Batu pahat" yanggdi wilayah tersebut tinggallah seorang shalih yang Doanya tak pernah ditolak oleh Allah swt, Al Habib Ali bin Ja'far Alaydrus, seorang lanjut usia yang waktunya habis untuk menemui tamunya siang dan malam, dengan rumah yang sangat sempit dan sederhana, namun para Habaib dan Ulama ulama Dunia bila berkunjung ke kualalumpur, pastilah harus berkunjung untuk mendatangi beliau, telah banyak para habaib besar yang mengunjungi beliau, diantaranya
Al Habib Umar bin Hafidh Hadramaut, Al habib Muhammad bin Alwi Al Maliki Makkah, Al Habib Zein bin Ibrahim bin Smeith Madinah, Al Habib Hasan bin Abdullah As Syathiri Hadramaut, Al Habib Salim bin Abdullah As Syathiri Hadramaut, Al Habib Abdulqadir bin Ahmad Assegaf dan banyak lagi para Habaib besar yang selalu mengunjungi beliau, dan ayah beliau adalah salah seorang yang Luhur dan Agung disisi Allah, Al Habib Ja'far Alaiydrus yang termasyhur dihampir seluruh Dunia sebagai orang yang shalih dan telah dikelompokkan dalam kumpulan ahli Shiddiqiyyatil Kubra, dan putranya Alhabib Ali bin Ja'far yang tampak tak memiliki apa-apa, dan selalu menunduk dan dipenuhi kerendahan diri dan kesopanan pada para tamu tamunya ini, bersuara lembut dan penuh kasih sayang ini.. ah..beliau bagaikan Intan berlian yang bersinar ditengah-tengah gelapnya suasana malam.

nasihat-nasihat beliau :

Nasihat pertama:

Bacalah Al-Quran. Ikutilah Al-Quran. Al-Quran itu adalah karangan Pencipta kita. Hidup kita pasti selamat jika kita berpandukan Al-Quran.

Nasihat kedua:

Jangan bergaduh antara satu sama lain. Yakni antara adik beradik, ahli keluarga, sahabat2, saudara-mara dan sebagainya. Jika ada pergaduhan, cepat2lah berbaik2 antara satu sama lain.

Nasihat ketiga:

Bertaubatlah kamu sebelum pintu taubat tertutup untukmu. Di sini boleh bermakna ajal ataupun munculnya tanda2 besar Kiamat.

Nasihat keempat:

Allah swt itu adalah Khalik iaitu sang Pencipta. Manusia hanyalah Makhluk iaiatu yang dicipta. Maka manusia itu patut mematuhi apa sahaja perintah2 Pencipta bukan Pencipta mematuhi perintah manusia. Takutlah pada Allah swt dengan bertaqwa pada Allah swt. Jika manusia tidak taku pada Allah siapa yang dia takutkan? Akibat tidak takut pada Allah swt, banyak masalah telah ditimpa pada manusia itu sendiri. Turutilah semua perintah2 Allah swt dan juga Nabi Muhammad s.a.w yakni Rasul dan Nabi yang terakhir. Ingatlah tiada Nabi selepas Rasulullah solollah alahi wassalam.

Nasihat kelima:

Solat lima waktu mesti di laksanakan di mana jua, tanpa mengenal masa. Allah swt telah meringankan solat dari lima puluh waktu kepada hanya lima waktu sahaja maka itu jangan sekali2 tinggalkan Solat2 fardhu.

Nasihat keenam:

Anak2 kita mesti dilatih berpuasa apabila menjangkau usia 10 tahun selambat2nya.





sumber hakim114

SAYA HANYA ADA RM36 DALAM AKAUN SIMPANAN - BOB KUMAN (EKSKLUSIF)

sumber blog uncle mazidul




Mungkin ramai pembaca mengenali wajah di atas manakala sebilangan lagi barangkali terkeliru. Namun bagi penonton filem tempatan dan televisyen, personaliti di atas tentunya tidak asing kepada mereka.

Cuma wajahnya berbeza berbanding ketika dia menghiburkan ramai peminat sewaktu berkarya di pentas seni.

"Bang, tolong datang ke rumah saya sekejap, boleh? " soal Bob Kuman.

"Ada apa Bob?," soal saya.

"Abang tolong datang sahaja," pintanya.

Pada awalnya saya berasa agak hairan dan menjangkakan Bob hanya sekadar bergurau. Terfikir, jika dia berhadapan masalah, tentunya sebagai artis terkenal, dia mempunyai ramai kenalan bersedia untuk membantu.

Apapun, hati kecil mendesak saya memenuhi permintaannya lalu mengajak kru 666, Razali Harun untuk menemankan saya bertemu Bob.


"Itu gambar saya, sewaktu dirawat di Hospital Tawakal Kuala Lumpur. Malam tahun 2011 semasa sesi penggambaran 'Jangan Pandang Belakang Congkak', siri televisyen, saya terjatuh di Hulu Langat, Selangor. Wahid Senario dan Lan Pet Pet antara saksi kejadian itu. Dalam keadaan pening, semput dan sakit, saya terpaksa memandu kereta sendiri  ke hospital dan dibiarkan begitu sahaja. Masa keluar dari pusat rawatan itu, saya diberitahu, berhutang lebih kurang 7 ribu ringgit dengan hospital dan saya kena bayar sendiri. Itu saya tidak boleh terima. Penerbit tidak membantu sebab itu saya berasa kecil hati. Mujur selepas itu, dapat rezeki sikit dan saya menjelaskan sebahagian daripada caj hospital itu. Kini ada berbaki lebih tiga ribu enam ratus ringgit lagi," ujar Bob.





"Saya sudah tidak boleh bergerak sejak 8 April lalu dan kemudian memakai mesin oksigen ini. Sebenarnya saya bukan ingin menagih simpati masyarakat," katanya biarpun kelihatan dalam kesakitan dan sukar menarik nafas.

"Kongsikan fakta, itu tidak salah," celah saya.


"Setakat ini beberapa kawan membantu saya. Antara mereka, Adlin Aman Ramli. Dia bagi saya pinjam duit RM2,000 bang masa saya tengah susah, sewaktu dirawat di Putrajaya. Itu sahabat saya bang. Dalam keadaan begini, saya pun tidak boleh berkarya, tidak ada pendapatan. Mujurlah gerai Bawal Power saya kongsikan bersama rakan mendapat sambutan dan boleh membantu sedikit dari segi kewangan," jelas Bob.


Sesekali sewaktu berbual, dia berhenti, diam untuk menarik nafas.




Kepada pembaca ingin membantu Bob, sila hubungi Razali di talian 016 231 5812. Manakala berikut nombor akaun Bob (HUSNI MOHD RAWI) Maybank 1123-7100-7047.

Jika akaun dilaporkan disekat, bersabar dan sila rujuk entri Akaun Maybank Bob Kuman disekat. Ketahuilah, sesungguhnya kekadang berbuat kebaikan itu mempunyai cabaran tersendiri.

'Bantulah, semoga Allah sentiasa membantu sewaktu kita ditimpa musibah'

Thursday 12 April 2012

DiGiWWWOW

 Boleh undi mulai 23april hingga 31 mei 2012

Check out my Internet-inspired story at the #DiGiWWWOW Internet For All Awards. Click here for more.: Check out my Internet-inspired story at the #DiGiWWWOW Internet For All Awards. Click here for more.

Sunday 8 April 2012

jAWATAN kOSONG LLM



Pemohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi jawatan berikut di Lembaga Lebuhraya Malaysia:-

1. Penolong Pegawai Tadbir (N32)
2. Penolong Jurutera (J29)
3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat (F29)
4. Pelukis Pelan (J17)
5. Pemandu Kenderaan (R3)


KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT


Tarikh Tutup Permohonan: 11 April 2012

Jawatan Kosong di Pusat Pelaburan Negeri Johor

The Johor State Investment Centre (JSIC) was established on the 16th August 2004 under a direct administrative order of the Johor State Government. It comes directly under the purview of the “Menteri Besar” or the Chief Minister.
Permohonan adalah dipelawa daripada rakyat Negeri Johor atau Warganegara Malaysia yang berkelayakan
untuk mengisi jawatan di Pusat Pelaburan Negeri Johor (JSIC) bagi jawatan seperti berikut :-

1. Penolong Pegawai Tadbir



KLIK SINI UNTUK IKLAN JAWATAN

DOWNLOAD BORANG PERMOHONAN

Tarikh Tutup Permohonan: 16 April 2012

jAWATAN KOSONG SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mula beroperasi secara rasmi pada 1 Januari 2009 bagi menggantikan Badan Pencegah Rasuah (BPR) Malaysia. Ia ditubuhkan melalui penggubalan Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia 2009 (Akta 694). Sejarah usaha pencegahan rasuah secara formal telah dimulakan oleh sebuah unit kecil yang diletakkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) untuk menjalankan aktiviti-aktiviti pencegahan rasuah.

SPRM kini mempelawa individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan berikut:

1. Pemandu Kenderaan
2. Pembantu Am Pejabat
3. Pekerja Awam



KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT


Tarikh Tutup Permohonan: 16 April 2012

Resepi Macaron


Bahan-bahan ( 40 Medium-Size Macarons )

  • 150g Putih Telur
    **Asingkan putih telur dan simpan dalam peti sejuk sekitar 4-5 hari. Keluarkan pada hari anda ingin membuat macarons dan biarkan pada suhu bilik.
  • 100g Gula Caster
  • 180g Serbuk Almond
  • 270g Gula Icing
  • Secubit Cream Tartar

 

Cara-cara

  1. 1
    Ayakkan serbuk almond dan gula icing.
  2. 2
    Putar putih telur dan secubit cream tartar sampai bertanduk. Masukkan gula caster dan putar sampai gebu dan bertanduk. Bila angkat pemutar, putih telur tadi tak jatuh.**Jangan terlebih putar, ia boleh menyebabkan macarons anda pecah semasa dibakar.
  3. Masukkan pewarna.**Putar sekejap sahaja. Bila dah rata berhenti putar.
  4. 4
    Ambil serbuk almond & gula icing yang diayak tadi (No.1) dan masukkan ke dalam bekas putih telur yang telah diputar tadi secara berperingkat.**Dalam 4 kali dengan cara kaup balik menggunakan spatula atau sudip kayu.
  5. Img_3579
    Masukkan dalam piping bag dan pipekan bentuk bulat atas kertas pembakar di atas dulang.
  6. 6
    Biarkan macarons rehat selama 45 minit.**Biarkan permukaan macarons kering sebelum dibakar, bila disentuh permukaannya agak keras dan tidak melekat pada tangan.
  7. Sebelum bakar, pre-heat oven 160ºC selama 10 minit.
  8. Img_3588
    Bakar macarons dalam 10 minit - 160ºC.**Bergantung kepada saiz macarons dan juga jenis oven. Jika saiz macarons kecil, kurangkan masa membakar.
  9. Biarkan macarons sejuk sebelum anda angkat dari kertas pembakar.
  10. Untuk resepi Salted-Caramel filling (inti) klik sini
  11. TIPS
    **Selepas pipekan atas kertas pembakar, ketuk2 permukaan bawah dulang. Proses ini dilakukan untuk mengeluarkan udara dalam macarons.
    **Silicone mat dapat mengelakkan macarons anda daripada melekat. Ianya juga lebih jimat kerana anda boleh basuh dan guna semula berbanding menggunakan kertas pembakar biasa.
    **Jika tapak macarons anda masih melekat bermakna macarons anda belum masak sepenuhnya. Jadi masukkan ke dalam oven selama beberapa minit lagi. 
  12. PERINGATAN
    **Membuat macarons memerlukan kesabaran dan ketelitian yang tinggi. Sukatan dan cara pembuatan yang salah akan mempengaruhi macarons anda.
  13. Underbaked-macarons
    MACARONS
    **Kurang Masak
  14. M_img_7301
    **Suhu Terlampau Panas 

     sumber kak yani

Kek Red Velvet

Resepi yang diambil daripada blog Ilham Dapur ni memang mengujakan.
 

Bahan-bahan 

(loyang 4 segi 7x7 inci) - update resipi
  • 125g + 1 sudu besar tepung serba guna (all purpose flour) @ tepung kek/tepung halus
  • 1/2 sudu kecil garam
  • 60g mentega - suhu bilik
  • 110g gula halus
  • 1 biji telur saiz A - suhu bilik
  • 1/2 sudu kecil essen vanilla
  • 120ml susu segar - suhu bilik
  • 1/2 sudu besar jus lemon @ 1 sudu besar sunquick oren
  • 2 sudu kecil pewarna merah - 1 sudu warna kurang merah
  • kurang sikit dari 1/2 sudu kecil coklat emulco
  • 1/2 sudu kecil cuka
  • 1/2 sudu kecil baking powder
Lapisan Cheese
  • 200g cream cheese - suhu bilik
  • 1 biji telur saiz B@A - suhu bilik
  • 60g gula halus
  • 1 sudu besar jus lemon
    .

Oven dipanaskan pada suhu 170 C. Kemudian alaskan loyang dengan paper sheet dan biarkan kertas lebih daripada loyang supaya senang untuk keluarkan kek nanti. Satukan susu segar dan jus lemon, biarkan 5 minit. Tepung diayak bersama garam dan ketepikan seketika. Didalam mangkuk lain, pukul mentega hingga putih dan berkrim, kemudian masukkan gula dan pukul lagi dalam 2-3 minit Lastly masukkan telur dan vanilla, pukul lagi sehingga sebati. Selepas tu, susu segar, pewarna merah dan coklat emulco di satukan dan kacau sehingga sebati.
Masukkan tepung dan campuran susu segar tadi secara bergilir-gilir dengan di dahulu tepung dan di akhiri dengan tepung juga dalam adunan mentega tadi dan habiskan dalam 3x tuang. Kemudian, satukan cuka dan baking powder, biar sehingga keluar buih, kemudian masukkan dalam adunan kek dan kacau sehingga sekata. Simpan 2 sudu besar adunan untuk buat marble. Tuang dalam loyang dan bakar selama 30 minit atau sehingga masak. Keluarkan dari oven dan boleh la sediakan lapisan cheesenya.

Cara Membuat Lapisan Cheesenyer:-
Putar cream cheese sehingga berkrim, kemudian masukkan gula dan putar lagi. Masukkan jus lemon dan telur. Putar biar sekata dan sebati. Seterusnya tuangkan ke atas kek dan amik bancuhan yang disimpan tadi masukkan dalam plastik bag atau buat kelongsong guna paper sheet, pastu gunting sikit hujungnya biar ada lubang kecil, kemudian picit atas lapisan cheese buat garisan melintang, kemudian tarik turun guna lidi satay agar jadi lorek seakan berpetak-petak gitu.
Bakar selama 30-35 minit dengan suhu 150 C atau bergantung pada oven masing-masing dengan kaedah steam bath (masukkan loyang kek dalam loyang yang berisi air panas mendidih ye, bkn suam2, macam nak bakar cheese kek, tujuannya agar kek tetap moist dan tidak kering). Sejukkan betul-betul sebelum dipotong. (seeloknya biarkan kek 4-5 jam dalam peti sebelum dipotong agar lapisan cheese betul-betul mengeras). Kemudian keluarkan dan biar seketika dengan suhu bilik sebelum dihidangkan.
Nota : Lapisan cheese tu adalah di syorkan bakar guna api bawah saja agar warna cheese tidak kuning sangat.

Kek Pavlova

ermm kek pavlova plak...

Bahan-bahan

4 lbiji (120 grams) telur putih
1 cawan (200 grams) gula kaster
1/2 sudu kecil  vanilla esen
1 sudukecil cuka makanan
1/2 sudu makan tepung jagung


Topping:

1 cup (240 ml) whipping cream
1 1/2 sudu makan (20 grams) gula icing
1/2 sudu kecil vanilla esen

Cara membuat krim
  1. Pukul krim dengan gula dan vanilla sehingga kembang.
Bahan lain
Buah segar- markisa, kiwi, strawberries, raspberries, blackberries,  pic, nanas dan lain-lain buah mengikut kesukaan anda


Cara membuat
  1. Pukul putih telur sehingga setengah kembang. Masukkan gula kaster sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga putih telur kembang sepenuhnya. Pastikan guka semuanya telah hancur.
  2. Kemudian masukkan vanilla esen, cuka dan tepung. Kacau dengan spatula perlahan-lahan.
  3. Tuangkan atas kertas minyak dan bentukkan bentuk kubah selebar lebih kurang 18 cm diameter.
  4. Bakar dalam oven sepanas 130 darjah C selama lebih kurang 1 jam. Tuttup suis dan biarkan dalam oven sehingga sejuk.
  5. Keluarkan dari oven dan sapukan dengan krim. Hiaskan dengan buah-buahan segar.
     
Pertama jangan bercampur kuning telur semasa mengasingkan putih telur nanti putih telur tak naik, kedua semasa anda memeukukl putih telur hendaklah betul2 kembang dan gebu, ketiga semasa membentuk pavlova sebelum bakar pastikan anda bentukkan seperti kubah yer, bukan apa nanti bila dah masak takdelah dia jadi leper macam silikon pancit hehe. akhir sekali lepas masak biarkan seketika kat oven sambil dibuka pintu oven dalam 5-10 minit supaya tak mendap atau retak. Itu sajalah. So selamat membuat.

sumber azli razali

Kek Tiramisu

Jom belajar cara nak buat kek Tiramisu

 

  • 1 biji sponge kek atau apa2 kek
  • 250ml whipping cream
  • 200ml cream cheese
  • 1/2 cawan gula halus
  • 1 cawan air panas (nak bancuh nescafe)
  • 1 sudu makan serbuk nescafe
  • serbuk koko untuk hiasan


  1. Bancuhkan nescafe dengan satu cawan air panas tadi
  2. Satukan gula, cheese dan cream
  3. Pukul adunan tadi sampai kembang dan gebu
  4. Potong kek pada 2 bahagian
  5. Tuangkan bancuhan nescafe ke atas kek
  6. then sapukan adunan cream+cheese tadi atas kek
  7. Susun lagi bahagian yang selebihnya sapukan nescafe n baki cream cheese td.
  8. kemudian tutup dengan cling film dan simpan dalam fridge sebentar.
  9. Hiaskan dengan serbuk koko bila masa nak menghidangkannya.
  10. p.s yg kek bulat kicik tue, kite guna mould donat. Letak kek dulu, pastu letak krim. Biar dlm peti kejap sebelum keluarkan mould.

Wednesday 4 April 2012

Jawatan Kosong di Polis DiRaja Malaysia (PDRM)



Polis Diraja Malaysia terdiri daripada 102,037 orang pegawai dan anggota. Keanggotaan ini mencerminkan kepelbagaian penugasan yang dijalankan oleh PDRM, dari Tugas Am yang menjalankan tugas tradisional kepolisan dan sentiasa berdampingan dengan rakyat, sehinggalah ke Pasukan Gerakan Am yang menjalankan tugas-tugas ‘non-regulatory’ seperti pencegahan kemasukan pendatang tanpa izin dan peperangan menentang kebangkitan pengganas komunis suatu ketika dahulu.
Dalam melaksanakan amanah serta tanggungjawab yang disandarkan oleh rakyat, PDRM dibantu oleh kumpulan sokongan yang terdiri dari Polis Tambahan, Sukarelawan Polis, Polis Bantuan, Kadet Polis dan kakitangan awam. Kumpulan ini memainkan peranan yang penting dalam menentukan keselamatan dan kesejahteraan negara.

PDRM Kontinjen Johor kini mempelawa mereka yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Konstabel Lelaki/Wanita

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan : 17 April 2012

Jawatan Kosong di Lembaga Kemajuan Johor Tenggara





KEJORA adalah salah sebuah agensi badan berkanun di bawah Kementerian Kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah (KKLW) yang berfungsi sebagai agen Pembanguunan Wilayah bagi kawasan Tenggara Negeri Johor. Pembahagian wilayah meliputi 16% kawasan Negeri Johor dengan jumlah keluasan 300,111 hektar. Ianya terbahagi kepada 2 wilayah kecil iaitu Johor Tengah (149,009 hektar) dan Pengerang (151,356 hektar). Terletak di dua daerah iaitu Kota Tinggi (75%) dan Kluang (25%).

KEJORA kini mencari individu yang berkelayakan untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut:

- Pembantu Tadbir (Perkeranian/Operasi) N17

KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON
 
Tarikh Tutup Permohonan : 12 April 2012

Jawatan Kosong di Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal Dan Pembersihan Awam (PPSPPA)

Perbadanan Pengurusan Sisa Pepejal dan Pembersihan Awam (PPSPPA) ditubuhkan sebagai pelengkap bagi menjayakan Dasar Pengurusan Sisa Pepejal Negara. Secara amnya, Dasar ini bertujuan untuk mewujudkan sistem pengurusan sisa pepejal yang menyeluruh, bersepadu, kos efektif dan lestari yang dikehendaki oleh masyarakat yang mementingkan pemuliharaan alam sekitar dan kesejahteraan awam.

1. Pegawai Tadbir N41 (1 Kekosongan)
2. Pegawai Penguatkuasa N41 (7 Kekosongan)
3. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat F29 (2 Kekosongan)
4. Penolong Pegawai Tadbir N27 (1 Kekosongan)
5. Penolong Pegawai Penguatkuasa N27 (1 Kekosongan)
6. Penolong Akauntan W27 (1 Kekosongan)
7. Pembantu Penguatkuasa N17 (24 Kekosongan)
8. Juruteknik J17 (11 Kekosongan)



KLIK SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON


Tarikh Tutup Permohonan: 14 April 2012

Jawatan Kosong di Majlis Daerah Tangkak



Rakyat Negeri Johor / Warganegara Malaysia yang berkelayakan dipelawa untuk mengisi jawatan-jawatan kosong di Majlis Daerah Tangkak, Ledang,Johor :

1. Penolong Arkitek Lanskap
2. Penolong Pegawai Perancang Bandar
3. Juruteknik (Elektrik)



KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan : 16 April 2012

Jawatan Kosong di Majlis Bandaraya Johor Bahru (MBJB)





Adalah dimaklumkan bahawa Lembaga Kenaikan Pangkat Majlis Bandaraya Johor Bahru mempunyai kekosongan jawatan seperti berikut:

1. Juruukur Bahan
2. Akauntan




KLIK DI SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN CARA MEMOHON

Tarikh Tutup Permohonan : 16 April 2012

Jawatan Kosong di Kerajaan Negeri Johor

Pembangunan dan pengurusan Johordt dilaksanakan oleh Unit Sains Teknologi dan ICT Negeri Johor (USTICT). USTICT adalah jabatan kerajaan di bawah Setiausaha Kerajaan Negeri Johor yang berfungsi sebagai antara penggerak utama dalam melaksanakan segala perancangan Kerajaan Negeri Johor yang berkaitan dengan Sains Teknologi dan ICT.

Rakyat Negeri Johor Darul Ta’zim atau warganegara Malaysia yang telah menduduki Negeri Johor tidak kurang dari tiga (3) tahun berturut-turut dan berumur tidak kurang dari 18 tahun pada tarikh tutup iklan jawatan adalah dipelawa memohon jawatan sebagaimana berikut:

1. Kurator
2. Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Siswazah
3. Pegawai Belia dan Sukan
4. Pegawai Pertanian
5. Pegawai Hal Ehwal Islam
6. Pegawai Sains
7. Jurutera
8. Pegawai Veterinar
9. Penolong Pegawai Teknologi Maklumat
10. Penolong Pegawai Pertanian

KLIK SINI UNTUK IKLAN JAWATAN DAN MAKLUMAT LANJUT

Tarikh Tutup Permohonan: 20 April 2012

Jawatan Kosong di Perbadanan Kemajuan Kraftangan Malaysia

 

Kraf Holdings Sdn Bhd adalah anak syarikat dimiliki sepenuhnya oleh Perbadanan
Kemajuan Kraftangan Malaysia, menjalankan pengeluaran batik eksklusif, pembekalan
bahan mentah kain putih dan aksesori untuk keperluan industri kraf.
Syarikat mempelawa calon yang layak untuk mengisi kekosongan jawatan seperti berikut :

1. Pengurus

2. Eksekutif Kewangan & Pentadbiran

klik sini untuk maklumat lanjut

Tarikh Tutup Permohonan: 15 April 2012

Jawatan Kosong di Lembaga Koko Malaysia (LKM)

Lembaga Koko Malaysia mempelawa permohonan dari warganegara Malaysia yang berkelayakan bagi mengisi kekosongan jawatan bertaraf TETAP dan SEMENTARA di Lembaga Koko Malaysia. Maklumat jawatan dan syarat kelayakan adalah seperti berikut:-

1. Pegawai Penyelidik(3 Kekosongan)

2. Ppenolong Pegawai Penyelidik (1 Kekosongan)

3. Penolong Akauntan (1 Kekosongan)



untuk maklumat iklan jawatan

nak download borang jawatan

Tarikh Tutup Permohonan: 16 April 2012