....

Sunday 8 April 2012

Kek Pavlova

ermm kek pavlova plak...

Bahan-bahan

4 lbiji (120 grams) telur putih
1 cawan (200 grams) gula kaster
1/2 sudu kecil  vanilla esen
1 sudukecil cuka makanan
1/2 sudu makan tepung jagung


Topping:

1 cup (240 ml) whipping cream
1 1/2 sudu makan (20 grams) gula icing
1/2 sudu kecil vanilla esen

Cara membuat krim
  1. Pukul krim dengan gula dan vanilla sehingga kembang.
Bahan lain
Buah segar- markisa, kiwi, strawberries, raspberries, blackberries,  pic, nanas dan lain-lain buah mengikut kesukaan anda


Cara membuat
  1. Pukul putih telur sehingga setengah kembang. Masukkan gula kaster sedikit demi sedikit dan pukul lagi sehingga putih telur kembang sepenuhnya. Pastikan guka semuanya telah hancur.
  2. Kemudian masukkan vanilla esen, cuka dan tepung. Kacau dengan spatula perlahan-lahan.
  3. Tuangkan atas kertas minyak dan bentukkan bentuk kubah selebar lebih kurang 18 cm diameter.
  4. Bakar dalam oven sepanas 130 darjah C selama lebih kurang 1 jam. Tuttup suis dan biarkan dalam oven sehingga sejuk.
  5. Keluarkan dari oven dan sapukan dengan krim. Hiaskan dengan buah-buahan segar.
     
Pertama jangan bercampur kuning telur semasa mengasingkan putih telur nanti putih telur tak naik, kedua semasa anda memeukukl putih telur hendaklah betul2 kembang dan gebu, ketiga semasa membentuk pavlova sebelum bakar pastikan anda bentukkan seperti kubah yer, bukan apa nanti bila dah masak takdelah dia jadi leper macam silikon pancit hehe. akhir sekali lepas masak biarkan seketika kat oven sambil dibuka pintu oven dalam 5-10 minit supaya tak mendap atau retak. Itu sajalah. So selamat membuat.

sumber azli razali

No comments:

Post a Comment