....

Thursday 29 March 2012

Ayam Goreng Ala KFC

Assalamualaikum readers,



Pagi2 bangun tido dah teringat ayam KFC,saja pergi godek2 internet terjumpa plak resepi dari blog kak ijan ni...


Kak Ijan minta laluan untuk letak disini yer..manatahu hari minggu ni teringin nak buat,kalau jadi boleh tepek kat blog ni..



Resepi : Ijan Blogresepi (bolehlah jenguk2 blog kak ijan)


Bahan Untuk Perap Ayam
6-8 ketul ayam
3 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa

Bahan untuk tepung
1 cawan tepung jagung
1 cawan tepung beras pulut (guna tepung jagung 2 cawan pun takpe )
3 ulas bawang putih ditumbuk
Sedikit garam
1 sudu besar serbuk cili
1 sudu kecil lada hitam ~ ditumbuk halus
Secubit baking powder
Secubit serbuk perasa



Bahan Tambahan
1 biji telur 
Minyak secukupnya


Cara2
1. Perap ayam dengan bahan-bahan perapan selama 1 jam.
2. Campurkan semua bahan-bahan untuk tepung di dalam bekas sehingga rata.
3. Selepas 1 jam, celup ayam yang telah diperap ke dalam telur yang dikacau.
4. Salutkan ayam tersebut di dalam campuran tepung tadi.
5. Goreng dalam minyak yang banyak sehingga garing.
6. Toskan minyak dan sedia untuk dihidangkan.




No comments:

Post a Comment